Program Diploma Teknologi Tenaga Solar merupakan program pengajian yang berorientasikan industri global selaras dengan perlaksanaan model ekonomi baru dan bidang ekonomi utama negara (NKEA).

Syarat-Syarat Kemasukan

  • Lulus Spm atau setara dengan minima 3 kredit dan lulus matematik ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan minima satu matapelajaran lulus dan lulus matematik di peringkat SPM ATAU
  • Lulus Sijil Teknikal/ Vokasional / Sijil Kemahiran dalam bidang yang diiktiraf atau setara dengan 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
PV townhome

Program Learning Outcome Diploma Teknologi Tenaga Solar

Pada akhir program ini, para pelajar akan dapat:

PLO 1

Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains, kejuruteraan dan prinsip pengkhususan kejuruteraan terhadap prosedur dan amalan kejuruteraan praktik yang ditakrif dengan jelas. (Knowledge, K)

PLO 2

Merangka sistem, komponen atau proses untuk keperluan tertentu.

(Practical Skills, P)

PLO 3

Mengaplikasi teknik, sumber dan perkakasan / perisian / instrumen kejuruteraan dan sebagainya, yang sesuai terhadap aktiviti kejuruteraan yang ditakrif dengan jelas dengan menyedari kekangan yang wujud. (Practical Skills, P)

PLO 4

Mengemukakan penyelesaian terhadap masalah teknikal yang ditakrif dengan jelas. (Problem Solving Skills, PS)

PLO 5

Menganalisis masalah kejuruteraan yang ditakrif dengan jelas dalam disiplin atau bidang pengkhususan. (Problem Solving Skills, PS)

PLO 6

Menjalankan kajian terhadap masalah yang ditakrif dengan jelas.

(Scientific Skills, SS)

PLO 7

Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum. (Communication Skills, CS)

PLO 8

Berfungsi secara berkesan dalam pasukan teknikal yang pelbagai.

(Team Skills, TS)

PLO 9

n kesedaran dan keprihatinan terhadap isu berkaitan dengan kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab yang berkaitan. (Social Skills and Responsibilities, SSR)

PLO 10

Mempamer pemahaman tentang etika profesional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan. (Values, Attitudes and Professionalism, VAP)

PLO 11

Mengiktiraf keperluan pembangunan profesional dan terlibat dengan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

(Information Management and Lifelong Learning Skills, MLL)

PLO 12

Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan. (Managerial and Entrepreneurial Skills, MES)

PLO 13

Menunjukkan pemahaman terhadap impak amalan kejuruteraan dengan mengambil kira keperluan pembangunan lestari. (Leadership Skills, LS)

Laluan Kerjaya

  • Solar Technical Support
  • Solar System Designer
  • Solar Electrician
  • Solar System Installer